Showing posts with label Ramadhan2011. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan2011. Show all posts

Wednesday, 17 August 2011

popia basah...ya Allah, horrible!

assalamulaikum wbt..

kebelakangan ini saya kerap memikirkan persoalan salam. kebiasaannya, saya akan memulakan email dengan ucapan begini i.e. Salam Prof... tapi, akhir-akhir ini saya mendapat email, sms, ataupun FB message yang dimulai dengan As Salam instead of the usual Salam. kalau ada antara readers yang tahu (as if ramailaa readers kat page yang tak seberapa ini kan ;) harap dapat kongsikan dengan saya berserta sumber2 rujukan sahih. ini kerana, dalam selawat marhaban Nabi tu, ya Nabi Salamu 'Alaika... tidaklah pula As Salam di situ walhal dalam doa kalimah Wassalam kerap disebut... atau dalam bacaan AlQuran kita WaSalamun 'alal mursalina... wallahu'alam. bukan kemahiran saya pulak untuk berhujah soal ini...maybe antara uols ada yang boleh bantu ? thanks in advanced.



alkisah, pagi tadi saya tidak bersahur. Subuh sekarang approximately at 420pagi. saya kunci jam 3 levels oke, 2 levels kat mobile phone dan satu lagi kat alarm clock IKEA yang kalau berbunyi memang melompat bangun tidur!! sayangnya, melompat2 pun tak terus bangun kadang2 tu yang kena support dengan mobile phone lagi tu ;p... my youngest main my phone malam semalam tu yg tak jumpa mana duduknya talipon. tinggallah saya dengan alarm satu level with the jumping alarm clock! sedar2 dah masuk Subuh, masyaAllah.. suami pun terkeciwa tak dapat bangun bersahur pagi tadi... insyaAllah, pagi esok dapatlah bersahur.. saya teringin nak makan mee maggi panas2 atau baked chips and half cooked eggs atau tea with raspberry cookies, all with dates. 

semalam kan dah citer about my husband's passion to ask his wife to try new recipes. haaa...today, my adventure was making popia basah from scratch. i tak taulaa...but bila dgr intinya ada kobis, dah berdebar2 and rasa semacam x sedap jek (maybe saya lah tu yg memang masak popia basah x sedap sbb tgk komen2 org lain semua kata sedap2, jadik2 gitu haaa...) so, terer tak terer kak limah petang td berkungtaw buat popia yang tak berapa basah and lembut tu hrmm.. my husband makan tenang jek. dia mmg camtu, kalau x sedap...dia relaks jek...makan diam2 and senyap2 semacam (tu tanda2 tak jadi or tak sedap laa tu). especially kalau dia yg beria2 suruh cuba masak walhal saya berat hati gitu. kalau makanan yg dah biasa masak tiba2 rasa kurang sedap then cecepat je dia akan komen, eh, rasa lainlah kali ni, nape ek? (actually, in a way bagus sbb... bila tak sedap, hasben diam saje. Rasulullah kalau Baginda makan, dan rasa tak sedap, tidak akan berkata apa2, malahan akan hanya meninggalkan makan tersebut...ini x ingat baca di mana). anyway, rupa pun sgt2lah sedih saya tgk popia tu. takpelaa..after 31 years, i have once in my life attempted popia basah in the making in my kitchenette huhuhu... sambil2 makan tu, saya bilang kat my husband, rasa x sedap kan? then, husband tgk saya dan berkata...haah..tak sedap, tapi takpelaa you tried :) huwaaa rasa nak lagi buatkan popia basah tapi definitely without inti kobis (no effence laa kpd chef2 tegar yg mmg sedap popia basahnya berintikan kobis...ni cuma pengalaman amatur saya jek gitu kan). last2, roti sandwich tuna husband buat yang laku...hasben siap beli watercress kat hutchinson for the sandwich salad :)

saya ke uni the whole day hari ni. alhamdulillah, my thesis writing is progressing well. saya kerap memikirkan, betapa slownya saya menulis. paling kerap lagi saya berdoa moga2 Allah permudahkan perjalanan PhD ini. moga Allah berikan saya kekuatan yang tiada tolok bandingnya. moga kejayaan menanti saya di akhir pengajian..serta utk teman2 lain yang sama2 buat PhD. bukan mudah dan bukan juga sukar. bukan mudah menyusun masa, juggling between PhD and raising my young family. bukan sukar menghabiskan kerja2 lab dan kerja2 menulis...asalkan bijak mengatur yang bukan mudah tadi... ok dapat tak? dapat tak apa yang saya cuba sampaikan tu? demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. akhir2 ini saya tidak berapa meletakkan target for my PhD tasks. i normally do but i find it unworthy especially when i am doing the same thing everything, only that it progresses from one page to another. or maybe i should restart doing it, writing my tasks down and listing my to do things...

Ramadhan ini sesungguhnya membawa keberkatan yang banyak untuk saya. saya kurang rasa susah hati, kerana impian saya yang utama di awal tahun 2011 melihat my eldest bersolat dan mengaji dengan baik insyaAllah hampir tercapai. kadang2, sampai tersasul2 bacaan solat saya disebabkan my eldest baca solatnya kuat2 gitu...macam kat sekolah agama pulak ;) bangganya saya menjadi ibunya, kalau 8 tahun dahulu, kecilnya saya penuhi dengan kasih sayang, ulangtahun ketujuhnya saya sudah sebutkan kepentingan bersolat dan mengaji, doa dan harapan saya moga2 Allah makbulkan. kalau dulu saya amat garang masa ajar mengaji tu, sejak Ramadhan saya dah tak garang2 lagi. anak2 bila kita puji2 pencapaiannya, dia akan lebih berusaha. cubalah! encouragement do wonders i tell you :)

selamat meneruskan ibadah puasa. take care semua!






Monday, 15 August 2011

minah gebu!

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, it is the 15th day of Ramadhan. semalam waktu berbuka puasa... bulan terang benderang, full moon from our dining room window yang besarrr tu. kat sini tingkap cermin nye dari siling hampir jejak ke lantai.. dapat pulak tak perlu ada grills bagaii... and the dining room is overlooking our back garden.. Subhanallah, Maha Cantik kejadian bulan ciptaan Allah tu. kami semua berbuka sambil memuji2 kecantikan dan keindahan sang bulan. my eldest yang perasan dulu about the full moon kat langit, betul2 simetri kat tengah2 tingkap duduknya, bila dilihat dari dalam rumah. saya tak ingat pulak nak snap gambar hrmm... dalam ingatan memang terpahat jelas, pemandangan yang sangat cantik Maghrib semalam. on saturday, my husband dah siap2 rebus keledek, katanya nak buat kuih cek mek molek.. sejak2 saya perkenalkan dia dengan blog abang mat gebu bertambah2 minatnya ke dapur. ahad pulak sibuk2 husband rebus kentang, katanya nak buat kuih keria pulak. therefore, we had cek mek molek and keria for our iftaar at weekends. i didn't snap any pictures... tak tau mana letaknya camera.

seawal pagi sebelum husband keluar ke uni, dia dah sibuk tanya2 saya... mcm mana nak masak daging kicap berkari tu hari ni? cukup tak bahannya? ini ada tak itu ada tak etc. saya yang masih mamai2... terusla jawab, mat gebu tak bubuh pun bahan tu... sudahnya, tak pasal2 hari ini, husband message kat facebook saya, Yang.. masak kicap berkari tu jangan lupa bubuh cumin, caraway and coriander seeds...yang sangai and tumbuk halus tu, ok minah gebu? :)  tiba2 saya pulak jadi minah gebu (although mmg maintain gebu ni walaupun dah 15 hari berpuasa :) hahaha.. nak tergelak pulak. husband sungguh beria2 menolong memasak dan mambasuh pinggan di bulan puasa ni. especially bila saya bilang letih2 dan tak larat nak berdiri lama2 kat sink tu...  sejuk hati saya Ramadhan kali ini. agaknya saya mmg  banyak kali sebut abg mat gebu tu, almost tiap2 kali kalau nak cuba resepi baru, mesti saya mention, nanti jap... nak bukak blog mat gebu jap... terima kasihlaa kat abg mat gebu sbb blognya mmg penuh resepi inspirasi gitu :)

my eldest  masih belum berpuasa penuh. tapi syukur Alhamdulillah, bacaan Iqra' nya bertambah baik. saya susah hati kalau2 lambat adam mula mengaji Al Quran. bukannya apa, hati yang terang dengan Al Quran, adalah hati yang berkali2 terang untuk menerima ilmu fardu kifayah yang lain, insyaAllah. kita dulu kecik2 umur 6 tahun dah baca Al Baqarah. almaklum, belajar ngaji kat kampung... berdesup2 peginye kalau mengaji tu. balik kang kalau tak dapat ulang baca, mak rotan baru tahu!! zaman my eldest dah lain, everything must  be talked through. rotan2 ni tak mainlaa kang dia talipon teledera pengsan mommy dia!!!  dalam pada tu, sempatla hari ni saya masak daging kicap berkari (ilham abang mat gebu), popia isi ketam dan sayur paprik campur. untuk anak2 saya masakkan chicken lasagna.. berebut2 semua makan masa berbuka puasa tadi. my eldest walaupun tidak berpuasa, tidak dibenarkan makan in public (tadi pegi ke town kejap jalan2)... and saya mmg langsung tak tanya dia lapar etc.. if lapar, tahan dulu, kalau tak boleh baru makan.. actually, for dessert, saya nak makan choc fudge brownies with vanilla ice cream. tapi, takde pulak ice cream hari ni, so saya makan meringue and berries compote. sedap! selamat meneruskan ibadah puasa!




Tuesday, 9 August 2011

9th Ramadhan and murtabak mini!


 

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kita masih berpuasa hari ni.. masih ada masa, masih dikurnia waktu olehNya. sudah masuk 9 Ramadhan, saya sedih kerana terlalu cepat Ramadhan berlalu. sedangkan masih banyak yang harus saya perbaiki... saya tidak meletakkan sebarang target mahupun merangka azam untuk Ramadhan kali ini. namun, saya sentiasa menganggapnya sebagai Ramadhan terakhir, yang terbaik dari sebelumnya...yang saya harus berbuat banyak kebaikan...memupuk sabar. sabar itu yang payah!! kalau dengan suami Alhamdulillah, bolehlaa saya  sabar2kan hati kalau teruji dengan kemanjaannya. tapi dengan anak2 harus lebih tinggi sabarnya. lagi2 kalau dengan my youngest yg tgh lasak..bak kata wardina safiyyah, memang mencabar kesabaran nak mendidiknya. semalam tgk youtube kat wardina's fbpage, alhamdulillah bertambah ilmu, bercambah sabar untuk hadapi keletah my youngest. awal Ramadhan, progress my eldest dalam Iqra' masih perlahan, solat pun sama. but, i am proud and grateful that yesterday my eldest dah masuk Iqra' 4. my eldest pun sgt2 happy, sgt2 seronok sbb dah belajar perkara baru iaitu tanwin. there's a hint of sheer excitement there for Iqra' session so hopefully, we would be able to do better at Iqra' in the near future. kalau dulu saya mudah marah2 bila ajar anak mengaji dan tak tekun setiap hari, but now I am more sabar kerana Ramadhan bukankah bulan terbaik untuk berubah ke arah kebaikan? sekarang tiap2 hari kita mengaji...tiap2 waktu my eldest akan bersolat with me with him reciting the iqamat. diajarkan berniat solat, membaca al-Fatihah dsbnya. saya sedang mencari bahan utk memulakan tazkirah circle with my children. to sit, to explain things to them, the do(s) and don't(s) in Islam. doakanlah hasrat ini dipermudah, ameen.

Ramadhan ini juga, pengurusan masa saya bertambah baik alhamdulillah. walaupun, rasa masih belum sempurna but moga2 saya sedang memperbaikinya dan tidak merugikan serta membuang masa yang amat berharga, apatah lagi dengan kesibukan menyiapkan thesis PhD. sentiasa saya ingatkan diri masa itu emas... dan surah al-Asr..demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Ramadhanlah bulan menilai diri. kalau rasa malas bersolat, itu adalah diri kita bukan lagi pengaruh syaitan. kalau rasa berfikir perkara2 yang kurang baik, itulah diri kita yang perlu diperbaiki. kalau terasa kurang sabar dan mudah tercabar...itulah peribadi yang terbentuk mengikut umur kita di dunia. saya berasa amat takut...bila melihat sikap dan peribadi sendiri..semoga Allah membimbing saya dan anda ke arah kebaikan. semoga kebaikan Ramadhan berkekalan hingga Ramadhan akan datang sekiranya masih ada izinNya...

untuk juadah semalam, saya buat murtabak mini...teruja sebab adik2 saya semuanya menyebut2 murtabak. kat sini tak dapat nak beli, tapi hikmahnya dapatlah anak2 merasa murtabak air tangan mommy :)
murtabak kulit popia dengan kuah dalca


Saturday, 6 August 2011

cheesy mushroom and chicken pastry.

assalamualaikum wbt..

it has been raining heavily in newcastle since morning till now..it doesn't feel cold despite the rain though, yet really cosy feeling inside the house. tak terasa seperti berpuasa in summer, that is.
bought a few activity books for the boys for half price at WHSmith yesterday. tak tau aktiviti apa nak buat selain watching TV, PSP or playing games on my laptop. my youngest was as usual ecstatic at the sight of books but my eldest..hrmm..biasa2 jek. he is still at the moment highly electronically influenced! haha...
came home from work to a tidy kitchen, washed laundry, tidied living room so thanks to my dear husband :) you complete me acewah!!! so, tidy kitchen means lots of cooking to be done, boleh? i've been eyeing this recipe from other bloggers all around the virtual-world. memang teringin sgt2 nak cuba buat (with the help of ready rolled puff pastry of course). i made the filling according to my desired taste. minced chicken, fresh mushrooms, petit pois, tomato and 4 cheeses. simply roll the puff pastry, put the filling and roll it into a cylindrical shape.. tadaa!!! tak sabar nak bukak puasa (which is in about another hour hukhuk). i also made popia goreng with taugeh, grated carrot and minced chicken, all spiced with a little bit of sesame oil. gagah2 popiaku... tak lemah lembut pulak kak limah menggulungnya tadi ;p. happy breakfasting!

ps: i am officially back to my desk at uni twice a week. next milestone: settleability paper :)


Friday, 5 August 2011

puding sagu kekasih hati!

assalamulaikum wbt..
owh! letih betul semalam tak sempat update my space ni. i was so very tired but i don't know why. ended up tarawikh at home instead of going to the mosque. makan banyak sangat kah waktu berbuka? hrrmm...could be ;p. anyway, tak tau nak masak entree apa semalam and ended up with puding sagu. alhamdulillah, jadi! takut jugak sbb tak pernah buat puding sagu walhal mudah aje resepinya. i browsed too many recipes the day before and finally settled down with my own creation plus modifications heheh...so, saya namakan puding sagu ni puding sagu kekasih hati!!

my husband requested lemak cili padi perut bersama rebung and pajeri terung. i made sambal belacan to complete everything. dapat pulak semalam saya beli red radishes at only 50 pence a bunch!! so, berulamkan radish laa sambal belacanku itu :) sedap sangat!! made some more pizza roti bun (sebab sayang sgt2 takut bun tu rosak sbb dah almost seminggu kat my pantry). husband bought some strawberries for very cheap at only 2 pounds for two punnets so had them as well as the dates. enjoy my pictures. seronok update blog dengan juadah Ramadhan ni. at least i know what i have been cooking throughout this holy month and hopefully this will be an inspiration for us to cook our own meals simply because, we are what we eat!










Thursday, 4 August 2011

pizza roti bun

sekejapnya rasa!! dah masuk hari keempat umat Islam berpuasa. which means my work milestones should have been achieved rather largely by now, insyaAllah.. walaupun masih byk main2, tak fokus, byk fikir benda lain (yang tak kurang pentingnya). malam tadi, balik dari tarawikh, saya terus bakar pizza roti bun ni. niatnya untuk bersahur pagi ni, as well as untuk harris my little one esoknya. my eldest semalam berpuasa sampai pukul 2ptg. oklah tu, he insisted nak puasa walaupun tak bangun bersahur...pagi ni, saya kejutkan, dia sedar, tapi masih geleng2 kepala...tak apalah..(although hari ni my eldest will surely complaint lagi kenapa tak bangunkan dia utk bersahur?).

semalam semasa di masjid, jumpa zainab from nigeria, from my department pulak tu. what a small world. sempatlah sembang2 about ramadhan in nigeria and whatnot. zainab solat pakai telekung labuh berwarna hijau. kebanyakan wanita arab yang datang ke masjid cuma berjubah hitam, berselendang lilit, tanpa memakai sarung kaki. tapi zainab lengkap menutup kaki, macam kita orang malaysia, bertelekung dsbnya. saya pun bertelekung, walaupun dulu2 cuma pastikan pakaian bersih dan menutup aurat lantas terus bersolat (teringat solat dengan memakai winter coat siap semasa winter kerana cuaca terlampau sejuk :) ada di antara jemaah yang sambil bertarawikh tu sambil memegang al Quran, untuk mengikuti surah yang dibaca oleh Imam.. ruku' dan sujud sambil memegang al Quran.. begitulah, pengalaman bersolat bersama pelbagai kaum dan bangsa. bukankah Allah menjadikan kita dari pelbagai kaum untuk berkenal-kenalan dan berpesan-pesan? suara Imam sangat syahdu membaca surah... almaklum, suara orang arab, sangat lemak merdu, macam kita dgr kat tv tu kalau tgk org solat di Makkah, kan? haa mcm tulah lebih kurang. doa akhir dalam solat witir begitu panjang...saya memejamkan mata cuba mengingati maksud doa yang dibaca... bahasa arab belajar dulu pun dah berkarat hrmm... sangat kuat makmum semua mengaminkan especially bila doa untuk ibu bapa dan doa untuk muslimin muslimat di iraq, libya dsbnya. sungguh! meskipun doa imam sangat panjang, terasa amat khusyuk dan syahdu gitu..sukar saya nak gambarkan dengan kata2.

bulan Ramadhan, bulan terbaik, bulan sabar bulan bersih. perkara utama yang saya amat2 harapkan dari Allah adalah pembersihan hati...ketenangan jiwa, lebih2 lagi dah masuk bulan2 terakhir pengajian PhD ni..insyaAllah ameen. selain itu, saya mahu belajar untuk lebih memaafkan.. kadang2 tak faham, kenapakah manusia ni begitu sukar untuk memaafkan? susah nak melupakan? susah nak bersabar? (termasuklah saya tu...;) bulan Ramadhan mmg bulan favourite saya. semoga yang berubah ke arah kebaikan itu berkekalan...ameen.

by the way... ni gambar pizza roti bun. roti bun ni pemberian adik ipar saya, acu amy (tenkiu acu amy :) untuk anak2 sedaranya sblm balik ke malaysia hari tu. saya pizzakan, mesti my boys suka!!

picture taken straight from the oven ;)

Wednesday, 3 August 2011

happy mode in Ramadhan

assalamualaikum wbt semua.. kejap je dah masuk 3 Ramadhan kan? terasa sungguh cepat masa berlalu. alhamdulillah, semalam cuaca sejuk dan segar di newcastle. saya berbuka di rumah langsung Maghrib. karipap pusing dah habis, tapi ayam kicap berempahku tak bersentuh, sebab pertama puasa berbuka di masjid newcastle university. hence, ayam kicap tu jadi menu berbuka semalam. saya buat pulak jemput-jemput ikan bilis bersama kentang dadu. ni kegemaran saya dan adik-adik masa kecik-kecik dulu, sampailah sekarang. yang ini saya pandailah buat, kalau cekodok pisang tu saya pernah cuba tapi tak pernah jadi huhu... ishak dan tarawikh again di masjid uni, alhamdulillah. tak ramai jemaah wanita malam semalam. mungkin sbb cuaca hujan renyai-renyai and larut malam pulak habis tu kan. malam ini, my husband dah sebut2 nak berbuka di masjid lagi. oh tak sabarnya rasa...both my boys pun suka ke masjid uni tu. bukan apa, dapatlah diorang jumpa kwn2.. my eldest pandai dah ikut solat...harap2 bila dah besar suka berjamaah dan memeriahkan masjid ameen. siapalah taknak anak pandai mengaji, rajin bersolat dan azan etc kan? semua mak2 mesti berazam macam ni saya rasa kan? bulan puasa ni paling baik kenalkan anak2 dgn budaya ke masjid dan mengaji. my eldest lambat sikit milestones mengajinya, maybe sbb mommy start lambat. tapi takpelaa...jgn tidak langsung. pelan2 sy ajar..nasib baik ada kwn ustazah sekolah (hari tu tidur rumah dia kat london) dapatlah juga tips mengajar anak mengaji. kalau yg based on iqra' tu, make sure iqra' 3, 4 dan 5 tu diulang2 sampai fasih. tak apa kalau lambat sikit. yang penting mesti mengaji setiap hari jangan berhenti. anak2 mudah lupa tapi daya ingatan diorang ni kuat! cepat hafalannnya kalau diasuh tiap2 hari. tak mudah bukan?? itulah, mommy sibuk buat phd, dengan menjaga kpi kerjaya, kpi anak2 jangan pulak terlupa or tolak tepi. harap2 balik malaysia nanti, mcm nilah juga pengurusan masa saya... sempatkan jugak nak buat semua especially utk anak2 and suami.

selamat meneruskan ibadah puasa to all of you (as if ramailaa sgt org baca kan hahahaha)... ni gambar jemput-jemput ikan bilis buat berbuka semalam :)
jemput-jemput ikan bilis bersama kentang dadu