Wednesday 3 August 2011

happy mode in Ramadhan

assalamualaikum wbt semua.. kejap je dah masuk 3 Ramadhan kan? terasa sungguh cepat masa berlalu. alhamdulillah, semalam cuaca sejuk dan segar di newcastle. saya berbuka di rumah langsung Maghrib. karipap pusing dah habis, tapi ayam kicap berempahku tak bersentuh, sebab pertama puasa berbuka di masjid newcastle university. hence, ayam kicap tu jadi menu berbuka semalam. saya buat pulak jemput-jemput ikan bilis bersama kentang dadu. ni kegemaran saya dan adik-adik masa kecik-kecik dulu, sampailah sekarang. yang ini saya pandailah buat, kalau cekodok pisang tu saya pernah cuba tapi tak pernah jadi huhu... ishak dan tarawikh again di masjid uni, alhamdulillah. tak ramai jemaah wanita malam semalam. mungkin sbb cuaca hujan renyai-renyai and larut malam pulak habis tu kan. malam ini, my husband dah sebut2 nak berbuka di masjid lagi. oh tak sabarnya rasa...both my boys pun suka ke masjid uni tu. bukan apa, dapatlah diorang jumpa kwn2.. my eldest pandai dah ikut solat...harap2 bila dah besar suka berjamaah dan memeriahkan masjid ameen. siapalah taknak anak pandai mengaji, rajin bersolat dan azan etc kan? semua mak2 mesti berazam macam ni saya rasa kan? bulan puasa ni paling baik kenalkan anak2 dgn budaya ke masjid dan mengaji. my eldest lambat sikit milestones mengajinya, maybe sbb mommy start lambat. tapi takpelaa...jgn tidak langsung. pelan2 sy ajar..nasib baik ada kwn ustazah sekolah (hari tu tidur rumah dia kat london) dapatlah juga tips mengajar anak mengaji. kalau yg based on iqra' tu, make sure iqra' 3, 4 dan 5 tu diulang2 sampai fasih. tak apa kalau lambat sikit. yang penting mesti mengaji setiap hari jangan berhenti. anak2 mudah lupa tapi daya ingatan diorang ni kuat! cepat hafalannnya kalau diasuh tiap2 hari. tak mudah bukan?? itulah, mommy sibuk buat phd, dengan menjaga kpi kerjaya, kpi anak2 jangan pulak terlupa or tolak tepi. harap2 balik malaysia nanti, mcm nilah juga pengurusan masa saya... sempatkan jugak nak buat semua especially utk anak2 and suami.

selamat meneruskan ibadah puasa to all of you (as if ramailaa sgt org baca kan hahahaha)... ni gambar jemput-jemput ikan bilis buat berbuka semalam :)
jemput-jemput ikan bilis bersama kentang dadu

2 comments:

  1. ahhhh jemput2 ikan bilis dengan kentang - our all time favourites tu! :P

    aku tambah carrot, daun sup dan udang basah kalau ada kerajinan dan kalau ada stok. hehehe.

    ikan bilis tu, bila cekodoknya garing memang mencakar2 rupanya kan? anak aku panggil tu "tanduk" - dan kejenya asik makan "tanduk" ajela, tang yang lain tak makan :P

    ReplyDelete
  2. hahaha..comelnya anak kau! ni aku goreng dengan kaedah penjimatan ikan bilis hukhuk, sini susah dapat..mahal kalau ada pun seciput jek sebungkus tu iaitu blh dibilang baper ekor...so, tak nampaklaa "tanduk2" nye tu ;p

    ReplyDelete