Friday 27 January 2012

ombak rindu

bercinta memang indah. hati dibuai berbagai rasa.. sepi, rindu bercampur baur.. macam dalam cerita apa tu..ombak rindu? mesti ramai dah tengok kan? kan? dilamun cinta, betapa indahnya. tidak terasa masa yang berlalu. tiada kecewa. tiada bantahan terhadap rasa rindu. tiada halangan bila rasa ingin bertemu. bercinta pula kita rasa bagaikan di medan juang. berjuang dengan keinginan untuk dimiliki dan memiliki. bestnya kita rasa bila diri dimiliki oleh orang yang kita juga kasihi.. tenangnya jiwa bila kita dimanja oleh orang yang kita cintai. apabila takdir menyebelahi doa cinta kita... kita rasa amat bahagia. cinta yang kita damba berada di depan mata. betul kan? bila si dia menyatakan rasa sayangnya kepada kita, terasa seperti di awang-awangan, seolah kaki memijak kepulan awan ;p (saya tak pernah pijak awan...tengok dari tingkap kapal terbang pernahlaa hrrmmm). bila matanya merenung kita, dia senyum, dia berjalan, dia segala-galanya.. tidur kita jadi tak lena, nak facebook pun takde mood ;p (betul ke?)

saya dah menonton ombak rindu. saya tidak menangis sebagaimana saya menonton nur kasih. mungkin jalan cerita ombak rindu kurang terkesan di hati saya. anyway, saya kagum dengan kesabaran izah. kagum dengan cintanya kepada suami yang telah dinikahi secara sah. kagum dengan kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi. kagum dengan kedamaian hatinya bertemu cinta dalam keterpaksaan. irihati dengan tabah dirinya. sungguh!! saya iri! cemburu dengan bagaimana dia memupuk rasa cinta yang begitu mendalam terhadap harris. selain itu, saya juga kagum dengan cinta mila yang tidak berbelah bahagi kepada seorang yang bernama lelaki. wataknya yang panas baran.. i could imagine myself being exactly like her.."because i love you so much!" (ps: en suamiku please take a serious note on this ;) mila is like nothing is impossible to her. nothing! over her dead body gitu. i pun sama over my dead body but in a positive way lah kan. kekuatan cinta saya mungkin tak setanding cinta mila. tapi saya juga tidak menafikan bahawa kekuatan cinta saya mungkin hadir dalam dimensi yang berbeza. tapi saya juga turut membayangkan, seronoknya kalau sesekali dapat menjadi mila.. yang dapat meluahkan perasaan sepenuh hatinya. so, ada sesiapa nak bergaduh dgn saya hari ini? hrmm? hrrmm?

dan harris bukanlah lelaki dambaan saya. saya tidak menemukan ketegasan dalam kelelakiannya. tiada pegangan kukuh dalam peribadinya. dia tidak mempertahankan izah. izah terkorban dalam kemelut harris yang gelap. harris seolah mencatur cinta hitam putih. penghujung kasih ditelan ombak.. andai cerita ini bukan khayalan.. kebahagiaan izah masih samar. bukankah begitu? tidak dinafikan, wataknya amat romantis membuai rasa. fitrah wanita paling bahagia saat dibelai dan dimanja, begitu bukan? harris pandai memaparkan rasa kasih. harris says sorry. harris perindu. betapalah saya mengharapkan tiada watak mila dalam kisah kemelut ini...haiii hati...

anyway, saya menulis ini pun bukan kerana nama (acewah!). sekadar berkongsi ombak pemikiran yang melanda. cinta amat subjektif. hanya Allah yang Maha Mengetahui isi hati kita. sayang yang tidak bertepi seperti Mila, memakan diri, menghancurkan hati. bila hati pecah, umpama cermin tak akan mungkin bercantum kembali. sabar seperti Izah, walau kebahagiaan dijamin dalam filem, di dunia nyata, Izah mungkin kehilangan cintanya. tak perlulah saya jelaskan cinta yang bagaimana... cukuplah kalau saya nyatakan cinta harus dipupuk dan dibaja, umpama pohon perlukan air dan matahari, begitulah  cinta.



saya masih memikirkan cinta saat ini. selamat hari ulangtahun kepada diriku :) semoga cinta milik saya hingga ke syurga...

No comments:

Post a Comment