Monday 29 August 2011

Eid Mubarak


Assalamualaikum wbt...

tatkala sujud terakhir tarawikh semalam... hati saya diisi kesedihan kerana Ramadhan, bulan kasih sayang, bulan doa, bulan anugerah akan pergi meninggalkan kita.. sehari atau mungkin yang bernasib baik dua hari lagi. dalam kegembiraan menyambut kemenangan Syawal.. perasaan saya amat-amat sukar digambarkan. rindu kepada keluarga lebih-lebih lagi bila melihat keletah anak saudara kesayangan yang seorang itu.. lagilah... sukar digambar pada rasa, hanya jiwa yang mampu berbahasa... melankoli rindu saya melimpah ruah dua tiga hari ini, sampai saya sukar menerbit senyum dan berwajah ceria di rumah. kunjungan ke masjid dua malam ini sekurang-kurangnya mengubat hati yang sedang berduka... apalah sangat duka saya jika dibanding dengan duka saudara-saudara kita yang sedang ditimpa bencana.. di dalam peperangan, menyambut Aidilfitri dalam serba kekurangan...

persediaan hari raya saya serba sederhana. almaklum, kali ini adalah kali keenam merai aidilfitri di bumi newcastle, my second home. niat di hati nak masak mee kari sebab itu kegemaran anak sulung... 5 tahun yang terdahulu selalunya saya buat laksa johor. sesuailah dengan diri saya yang berasal dari johor. seronok bila menyebut nama masakan laksa johor... teringat tanah lahir, tempat tumpah darah.. asal usul kita. jangan lupa, setiap kejayaan mahupun kegagalan, datangnya dengan dugaan. sentiasalah kita ingatkan hati... jangan lupa tanah tempat berdiri... kerana tanah manapun, itulah tempat terakhir yang kita akan pergi... so, berbalik pada juadah raya tadi.. insyaAllah, raya pertama nanti adalah sikit2 juadah utk meraikan kawan2 yang datang berziarah ke rumah saya.. jemput datang ye :)

cuaca di newcastle pun sungguh sejuk.. saya suggest that our summer is now over. ghastly wind org puteh kata. malam tadi sejuk sgt2...dah semingu dua jugak saya berstokin dan berjumper di dalam rumah. apa2pun, i love autumn... autumn is always in my heart because my two lovely boys were both born during autumn :) what a coincidence, dua2 pun lahir in october... seronoklaa my boys nak sambut raya kat sini lagi, harap2 my eldest akan ingat kenangan2 di newcastle setahun ni..nanti saya aploa gambar2 raya kami di newcastle ni insyaAllah..

di kesempatan ini juga... saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin. to those of you who frequent my small space ni, many thanks and hope you've gained something from reading my blog. my intention was nothing but to share wonderful memories... good and bad with anyone yang sudi membaca.
here is my boys favourite eid song, enjoy!!


No comments:

Post a Comment