Saturday 20 August 2011

kalimah bonda

assalamualaikum wbt..

dah hampir tgh malam kat newcastle upon tyne ni. i am supposed to be power-sleeping right now but somehow this title kalimah bonda has been playing on my mind for quite sometime. having to celebrate my 6th aidilfitri in newcastle, reminds me a lot of my childhood..not only raya memories but of my mom's words of wisdom.. sejak saya masih kecil hinggalah beranak dua sekarang. having said that, kalimah bonda sesungguhnya amat2 banyak mempengaruhi kehidupan dan penghidupan saya dan keluarga. apa yang bonda sebutkan, itulah yang saya selalu ingat2kan. antara perkara yang paling selalu saya ulang2kan...dengan anak2 dan suami, bila bercerita ttg kisah orang lain..ini kita cerita anak beranak. jangan disebut kepada org lain. kita jadikan pengajaran. jangan buat begitu atau begini...minta2 dijauhkan. sbb itulah yang bonda saya selalu sebutkan kalau memberi cerita pedoman dan pengajaran kepada kami adik beradik... kita cerita anak beranak... yang bermaksud, baik buruknya sesuatu perkara itu, janganlah pula menjadi fitnah di kemudian hari disebabkan bicara mulut kita yang tiada berhati-hati.. pesan-pesankan.. ini cerita anak beranak, untuk ambil jadi pedoman..

manusia ini banyak kategori. sekadar pengalaman, saya kurang gemar kalau:
1. belum apa2 sudah merungut, sudah mengalah, sudah negatif...sebagai contoh nak beli barang, belum masuk kedai, dah kata ni mesti dah habis ni...(negatif bukan?)
2. tidak dapat melihat kemampuan diri yang sebenar...contohnya, alaa...awak bolehlaa..awak kaya, banyak duit bolehlaa beli buku mahal2... (kenapa berkata begini? bukankah rezeki telah Allah tetapkan utk setiap orang? i mean, why? why?)
3. suka memperlekehkan kejayaan org lain, contohnya, oh baguslah! dia dah dapat projek A dengan usahasama Team B...awak jawab: alah, tak hairanlah..takat projek macam tu semua orang boleh buat (kenapa cakap begini? di mana motivasi? atau anda cemburu?)

dan beberapa lagi yang agak mencabar juga senarainya..tapi tak perlulah saya huraikan semuanya. bonda saya bila berpesan.. tak apa, kalau orang buat kita. kita, jangan sesekali buat orang. kita majukan diri kita. satu hari nanti, orang akan tahu sendiri, siapakah diri kita... ini kalimah bonda saya, yang paling saya suka. my fav! oleh itu, bagi yang mengenali, sekarang anda tahulah rahsia saya alhamdulillah bolehlaa menjadi contoh kepada adik2 saya (hee...adik2 je yg saya layak jd contoh selain anak2) sabarrr... kalimah bonda saya yang panjang itu pendeknya adalah sabar. bersabar, kemudian berusaha untuk memperbaiki diri dalam ertikata lainnya. saya ulang lagi (utk diri saya sendiri) sabar. sabar. positif. saya tak blh function dgn baik kalau dikelilingin org2 yg negatif justeru, saya akan sedaya mungkin cuba utk berkongsi aura positif dengan semua orang. akhir-akhir ini, saya noticed, saya cuma keluarkan pendapat saya sekali sahaja.. dan bukan ulang perkara yg sama berkali2.. kalau hendak terima alhamdulillah. kalau rasa tak setuju...its okay. your loss is my gain org puteh kata ;) lagipun, sebagai manusia biasa, kita harus belajara untuk terima kelemahan diri kita dan berusaha utk memperbaikinya. tambahan pula, jangan fikir pendapat kita sahaja yang betul. ini penting, jangan lupa daratan...nauzubillah.

bonda saya juga selalu berpesan.. jangan pedulikan apa orang kata. inipun fav saya. ditambah pula, kata2 supervisor PhD saya.. norhayati, kalau mahu menjadi org yang berjaya, sebelah telinga kita adalah pekak. percayalah, kalau asyik mendengar cakap2 org dan terpengaruh olehnya...lebih2 lagi kata2 yang negatif dan tiada motivasi, kita tidak akan kemana-mana... duduklah kita di takuk yang sama. lantas, saya berusaha, memekakkan telinga..(yang bukan mudah ye) kerana, di dalam dunia ini.. bukan semua orang berlapang dada menerima kejayaan orang lain. moga2 kita dijauhkan dari perasaan hasad dengki nauzubillah... kerana sikap ini, kalau bukan sekarang, di masa hadapan padah akibatnya. saya masih ingat, orang2 yang bukan kawan menyakiti hati dan perasaan saya... saya maafkan, tetapi saya tidak pernah melupakan pengajarannya. saya berdoa, agar saya, anak2 dan keturunan saya dijauhkan dari sifat2 mazmumah sebegini...nauzubillah.

kalimah bonda.. bilamana saya resah, bersedih dan berdukacita. sabarlah, jangan bersedih hati. haaa..bangun pagi2...terus ingatkan, doakan apa yang kita nak tu. bonda saya cakap.. jangan risau kalau satu dunia berpaling...bonda ada.. bonda tak akan pernah berpaling...(terasa sedih? terasa sayu? anda sangat2 kasihkan bonda anda...macam saya juga :) inilah yang paling bermakna.. kalau saya mengadu tak cukup duit, bonda kata.. berapa nak pakai? bonda ada tu sikit2... kalau saya kata, tak patut si polan begitu begini...bonda kata, tak apalah, sudah takdirnya begitu..kena redhalah. bila saya kata.. rasa mcm malas2 nak study, bonda bilang.. rehatlah dulu, buat air, makan biskut...nanti rajinlah balik. bila saya cakap, penat masak, rasa tak larat...bonda kata, masak rebus2 aje... goreng ikan ke telur dah...lauk juga kan... tenang sahaja bonda. tak pernah kelam kabut (macam saya!!).

masa saya kecik2,bonda ajar saya solat, mengaji, membaca, buat matematik, menulis.. bonda teman saya study, bonda selalu buatkan saya air milo susu bila saya buat homework, bonda ajar saya hafal syarahan, bonda buatkan katil dari kotak utk projek kemahiran hidup saya ;) dan baaanyak lagi kenangan2 manis saya bersama bonda. kata-kata bonda semuanya saya ingat jelas.. kalau makan, makan betul2, jangan main2. kalau main, main betul2, jangan makan.... ini semasa saya kecik. sekarang, pesanan ini bermaksud....bila buat sesuatu, buat betul2 dan dengan yang terbaik. jangan sia2kan peluang yang ada..

mengenang kembali kalimah-kalimah bonda saya.. saya berdoa, agar saya dapat menjadi bonda yang baik juga utk anak2 saya. manalah tahu satu hari nanti my eldest or my youngest nak kenang2 saya as their mommy kan... i wonder what will they write about me sometime, somewhere, someday in the future?


1 comment:

  1. manusia ini ada 3 macam...
    1) macam makanan, selagi kita hidup kita akan perlukan makanan..
    2) macam ubat, yang cuma bila perlu aje kita perlukan. tak sakit tak perlu
    3) macam penyakit, yang tak diperlukan langsung...

    ~anda boleh pilih hendak jadi yang macam mana dan bergaul dengan oarang yang macam apa. macam saya, saya selalu orang label sebagai yang nombor 2, walaupun saya selalu jadi nombor 1 untuk orang...

    ReplyDelete