Thursday 4 August 2011

pizza roti bun

sekejapnya rasa!! dah masuk hari keempat umat Islam berpuasa. which means my work milestones should have been achieved rather largely by now, insyaAllah.. walaupun masih byk main2, tak fokus, byk fikir benda lain (yang tak kurang pentingnya). malam tadi, balik dari tarawikh, saya terus bakar pizza roti bun ni. niatnya untuk bersahur pagi ni, as well as untuk harris my little one esoknya. my eldest semalam berpuasa sampai pukul 2ptg. oklah tu, he insisted nak puasa walaupun tak bangun bersahur...pagi ni, saya kejutkan, dia sedar, tapi masih geleng2 kepala...tak apalah..(although hari ni my eldest will surely complaint lagi kenapa tak bangunkan dia utk bersahur?).

semalam semasa di masjid, jumpa zainab from nigeria, from my department pulak tu. what a small world. sempatlah sembang2 about ramadhan in nigeria and whatnot. zainab solat pakai telekung labuh berwarna hijau. kebanyakan wanita arab yang datang ke masjid cuma berjubah hitam, berselendang lilit, tanpa memakai sarung kaki. tapi zainab lengkap menutup kaki, macam kita orang malaysia, bertelekung dsbnya. saya pun bertelekung, walaupun dulu2 cuma pastikan pakaian bersih dan menutup aurat lantas terus bersolat (teringat solat dengan memakai winter coat siap semasa winter kerana cuaca terlampau sejuk :) ada di antara jemaah yang sambil bertarawikh tu sambil memegang al Quran, untuk mengikuti surah yang dibaca oleh Imam.. ruku' dan sujud sambil memegang al Quran.. begitulah, pengalaman bersolat bersama pelbagai kaum dan bangsa. bukankah Allah menjadikan kita dari pelbagai kaum untuk berkenal-kenalan dan berpesan-pesan? suara Imam sangat syahdu membaca surah... almaklum, suara orang arab, sangat lemak merdu, macam kita dgr kat tv tu kalau tgk org solat di Makkah, kan? haa mcm tulah lebih kurang. doa akhir dalam solat witir begitu panjang...saya memejamkan mata cuba mengingati maksud doa yang dibaca... bahasa arab belajar dulu pun dah berkarat hrmm... sangat kuat makmum semua mengaminkan especially bila doa untuk ibu bapa dan doa untuk muslimin muslimat di iraq, libya dsbnya. sungguh! meskipun doa imam sangat panjang, terasa amat khusyuk dan syahdu gitu..sukar saya nak gambarkan dengan kata2.

bulan Ramadhan, bulan terbaik, bulan sabar bulan bersih. perkara utama yang saya amat2 harapkan dari Allah adalah pembersihan hati...ketenangan jiwa, lebih2 lagi dah masuk bulan2 terakhir pengajian PhD ni..insyaAllah ameen. selain itu, saya mahu belajar untuk lebih memaafkan.. kadang2 tak faham, kenapakah manusia ni begitu sukar untuk memaafkan? susah nak melupakan? susah nak bersabar? (termasuklah saya tu...;) bulan Ramadhan mmg bulan favourite saya. semoga yang berubah ke arah kebaikan itu berkekalan...ameen.

by the way... ni gambar pizza roti bun. roti bun ni pemberian adik ipar saya, acu amy (tenkiu acu amy :) untuk anak2 sedaranya sblm balik ke malaysia hari tu. saya pizzakan, mesti my boys suka!!

picture taken straight from the oven ;)

4 comments:

  1. amboi sedapnya bersahur dengan pizza bun! :P

    kita kat malaysia ni belum pandai lagi nak bersahur selain dengan nasi - mungkin sebab ada left-over masa berbuka (yg semestinya nasi makanan ruji) hehehe.

    teringat masa kat skudai dulu, sahur dengan biskut pun dah memadai. tapi macam tak sesuai pula bila dah berkeluarga ni utk berbuat begitu (walaupun suami jenis tak kisah) :P

    ReplyDelete
  2. salam zufa..owh tenkiu sudi singgah sini..bukannya apa, malam semalam berbuka kat masjid, so harusslaa tidak memasak nasi di rumah sbb balik pon kul 1145mlm sampai umah..mmg terasa2 nak makan pizza bun, mlm td bakar kejap 15min, pagi td dptlaa bersahur pizza bun. kat malaysia kena nasi jugak.. panas nanti xde energy gitu...

    ReplyDelete
  3. Yatie....sangat teruja tengok masakan awak terutama yang ini! Rindunya nak pergi sana bila tengok cheese tu..kat malaysia ni tak banayk pilihan dan sangat mahal...ajarlah saya buat toping bun ni :)

    ReplyDelete
  4. salam siti.. itulah tu, cheese saya beli asda jek murah, mozzarella is the best takpun mild cheddar. topping tu, minced chicken, button mushroom, butter, cheese and ready made pizza topping (guna passata or tomato paste pun boleh). basically saya belah dua roti bun tu, then sapu butter diikuti pizza topping. minced chicken tu sy goreng sekejap, bubuh salt n pepper. then, put everything else on top, cheese last, bakar dlm 10-15min je. agak2 cheese cair n mushroom masak. selain mushroom, blh letak red/yello peppers, or mixed vege.. makan panas2 sedap ni! ayam blh ganti ngan canned tuna or seafood.

    ReplyDelete