Tuesday 2 August 2011

Ramadhan Kareem...

assalamualaikum semua...Ramadhan Kareem. Alhamdulillah, dah masuk 2nd Ramadhan tahun ni, bersyukur sgt2 masih dapat bertemu Ramadhan walaupun di kejauhan. di newcastle, fajar terbit jam 4.03 pagi..iftar pulak dalam 9.17ptg. kira2 17 jam kami berpuasa. hari pertama tadi, cuaca kat luar sungguh redup, segar sangat2 rasanya. pokok2 semuanya macam tenang, tegak berdiri sesekali ditiup angin segar bumi newcastle. petang pula hujan. renyai2 gitu..terasa sungguh kesyahduan Ramadhan kali ini... saya missed bersahur pagi tadi. almaklum, body clock belum sempat adjust lagi ke pukul 3.30 pagi...walaupun dah 2 3 4 alarms saya set..haish! pagi ni berazam dan berdoa harap2 dapat bangun bersahur sbb dah sebut2 kat my eldest, dia kata nak bgn bersahur sama, walaupun esoknya mungkin takkan dapat dia berpuasa penuh. tak apalah... tahun lepas dapat juga my eldest berpuasa. tahun depan insyaAllah kita target penuh ye anak? elok pulak Ramadhan summer ni jatuhnya sebulan sempena cuti sekolah juga. kuranglah letih nak fetch anak2 sekolah etc. pagi2 semua bangun awal mcm biasa, seolah2 hari sekolah...cuma aktiviti selain breakfast utk anak2..adalah drawing, painting, writing, reading dan mommy menulis thesis hinggalah waktu zuhur. selepas zuhur aktiviti bebas..boleh tgk TV, main PSP atau boleh tumpang laptop mommy kejap tgk2 games atau my eldest nak check his yahoomail dgn makcik2 dia :)

di bulan Ramadhan ni jugakla, semangat memasak saya memang lebih dari biasa. kalau boleh nak masakkan pelbagai kuih utk juadah berbuka. sayangnya, kukus dan segala baking apparatus tinggal di JB. jadi, kuih muih tu mana yang boleh masak kat newcastle jeklaa guna apa yang ada tersedia..takyah sedih2 kalau tak boleh kukus serimuka atau talam kegemaran suami.. esok balik JB boleh buat insyaAllah. untuk hari pertama saya buat ayam masak kicap berempah dan karipap pusing. suami balik dari uni, terus sebut2 nak berbuka di masjid uni malam ni. langsung solat maghrib, ishak dan tarawikh sekali. indahnyaaa!! dah lama saya tak dapat bertarawikh..almaklum, harris 4 tahun yang lepas, baru 4 tahun, 3 tahun dan 2 tahun. sempat bawa harris bertarawikh di masjid newcastle uni masa umur setahun lebih dalam baby carrier. di malaysia, budaya bawa anak kecil ke masjid amatlah ..hrmm...tak berapa digalakkan? kalau tak nanti, jenuhlaa dgr jemaah kiri kanan merungut atau tok imam kang buat pengumuman kat micropon tu..anak2 kecik kalau blh jgn bising2 etc.. Alhamdulillah, seronok sgt2 bertarawikh tadi. my eldest solat dgn kwn same class kat canning street, kebetulan datang ikut daddy dia jugak. my youngest dah pandai ikut abang solat atau ikut kawan2 ronda2 satu masjid. mommy can solat peacefully...Alhamdulillah. walaupun di celah2 tangisan2 anak2 kecil yang terpaksa hadapi syndrome separation anxiety sbb mommy2nya semua sedang bersolat, saya langsung tak kisah. terasa meriah masjid newcastle uni :)

sudahnya, ayam masak kicapku amat2lah diharapkan dapat dijamah esok pagi tatkala bersahur. kami tadi berbuka nasi briyani dgn kari kambing (yang amat digemari my eldest!). semoga cita2 tercapai, agar thesis dapat ditulis dengan lebih baik. semoga anak2 terurus sempena cuti sekolah dan Ramadhan bila saya mostly akan berada di rumah dengan my boys. seronoknya Ramadhan! semoga dengan Ramadhan kita beruntung dikurnia rahmat tidak berbelah bagi dariNya! ameen ya Rabb!





4 comments:

  1. bestnya baca cerita akak. bila nk abis study?

    ReplyDelete
  2. salam... doakanlah insyaAllah tak lama jek lagi ni :)

    ReplyDelete
  3. pandainya ko buat karipap pusing! errr, aku nak kelepet tepi2 tu pun tak pandai2 lagi. *dush*

    ReplyDelete
  4. zufa, aku tgk youtube derr...tp, gagah2 kelim aku tu hahaha

    ReplyDelete