Sunday 25 December 2011

semarak cinta

i've had the best sunday today. we've always wanted to visit singapore on boxing day to see how do they do their post christmas sales... and it never occurred to us that the sales begin on christmas day itself! the sales continue until the following day. everything has an additional 20-30% discount tags on. but, today is a special day dedicated to our little harris. he is getting an iPad2 from daddy... specially purchased from an official Apple store at Bugis.

took the bus from JB which brought us directly to singapore. the traffic was really smooth and i didn't expected that. had murtabak zam zam and lamb biryani, as usual to begin our visit with. went to IKEA Alexandra after iPad2. bought a few stuff then head back to JB, meeting our good friend for dinner in stulang laut... however, dinner tadi membuatkan saya banyak berfikir. my husband juga banyak diam daripada memberi komen. i rasa dia pun terkesima dengan cerita2 yang baru kami bualkan dengan kawan rapat kami tadi... hrrmmm....

tak tahu, dah berapa banyak cerita suka duka rumahtangga teman2 yang telah saya dengarkan sejak saya sendiri berumahtangga. mengapakah semarak cinta semasa awal perkahwinan tidak dapat dikekalkan? memang benar soal jodoh aturan Tuhan dan siapalah kita untuk mempertikaikan.. namun bila disebut soal berkongsi kasih, mudah sahaja kita menyerahkan..alahai...telah tertulis takdir sedemikian. saya sedang berperang dengan perasaan kasih dan simpati pada teman baik yang kasihnya telah diduakan.. belum lagi kisah pasangan ideal menongkah arus berpaling kasih bercerai haluan. tak tahu salah siapa harus dituding... benar siapa harus didukung. kepada teman2 bergelar isteri... tabahlah hadapi dugaan berumahtangga. cabaran bukan sedikit, sabar harus menggunung. kalau beralah bukanlah kalah... tapi untuk harmoni harus pandai mengatur pasrah, jangan terikat dengan amarah.

pengalaman sedikit usia sembilan tahun perkahwinan... kalau berapi kita padamkan, kalau sejuk kita nyamankan. itulah tugas isteri, yang damai lagi menenangkan. kalau berkerjaya pula, janganlah dikejar impian dan cita, kalau redha suami dalam kesamaran. cukuplah kita bekerja dengan niat seadanya, membantu suami, memberi kebajikan yang berpada untuk anak2... isteri harus pandai meletakkan ego di tempatnya. isteri mesti pandai memujuk. isteri mesti bijak berkata-kata. isteri harus ada sixth sense! isteri harus menggoda!! saya masih terkejut dan tak tahu nak komen bagaimana... saya sedang mengambil iktibar... saya sedang menilai diri sebagai seorang isteri. cantik dan berpelajaran juga ditinggal suami, yang setia di rumah juga diduakan kasihnya..  yang mempunyai suami sempurna pula bersikap tidak menghargai... bermacam2 tingkah rumahtangga.

semoga Allah tetapkan hati kita.. janganlah kita suami isteri berpaling kasih. semoga tetap menyayangi dengan Iman dan Islam. semoga Allah memberkati rumahtangga.

semarak cinta..moga ia kekal di dunia hingga ke syurga. ameen.













1 comment:

  1. Yatie..

    tetiba post ko mengusik jiwa aku yg baru jer celebrate 7th anniversary kitaorg... alam perkahwinan kan.. macam caturan kehidupan semua kena seimbang... TQ for share ur thought utk muhasabah diri..

    btw, gambar medela ko buat aku teruja.. best tak selling medela kat singapore? ekekeke

    ReplyDelete