Wednesday 4 May 2011

on cinta...

adik saya Norfaiza Abdullah baru-baru ini menonton Hikayat Merong Mahawangsa bersama seorang teman, yang menurut telahan saya sedang mendapat tempat yang amat istimewa di hatinya :) saya harap dan berdoa, dia tak marah bila saya menulis sebegini. mode lagu ini memaksa saya melontarkan bicara sedemikian. kerana cinta mendatangkan amanah kepada hati, untuk setia kepada yang satu... yang mana, perkara setia itu kadangkala membuahkan kesukaran apabila hati diduga pelbagai rasa. saya tidak banyak menempuh pengalaman bercinta.. kerana penghidupan cinta saya bermula tidak lewat zaman universiti sementelah cinta hati saya melamar saat saya di tahun dua pengajian. tidak dinafikan, pengalaman akan mendewasakan kita dalam membuat pilihan. sebagaimana kata teman rapat, kita takkan bertemu dengan orang yang salah.. maka sepanjang kehidupan kita, setiap orang yang kita temui sedikit sebanyak mencorakkan takrifan kita terhadap bahasa cinta yang bakal kita tempuhi. saya, seorang yang amat setia. mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pernyataan ini namun amatlah nyata bahawa kita tidak berpeluang untuk meluangkan sedetik lebih untuk kita lagi saling mengenali, agar tuan bisa mengubah tanggapan kurang bersetuju itu.

sedetik lebih, kalau dulu kita jarang meluang masa.. untuk bercinta lagi untuk kesekian kali.. inilah mode terampil buat meluah perasaan cinta yang mungkin kian terpadam kerana kesuntukan masa mengejar yang lain dalam memperbaiki mutu hidup. bercintalah, hatta dengan diri sendiri kerana dengan cinta akan lahir rasa menghargai dan menyayangi. sesungguhnya, saya seorang yang amat mencintai! hanyalah jika tuan mengetahui akan kebaikannya membalas cinta saya...yang tiadalah berbelah bahagi, alangkah bahagianya hati bila mendapat balasan cinta hingga saya terasa begitu bernyawa!

saya amat menghargai. amat. saya ingat setiap perkara kecil, setiap luka, segala gembira, perkara duka, berita kecewa...pahit manis rasa dalam bercinta, kadang terluah dengan kata-kata, sering tersimpan di ceruk rasa. lumrah seorang saya.. banyak rahsia! kadang ceria wajah menongkah badai hati, manis senyum sembunyi sepi.. gelora jiwa siapalah tahu. begitulah lumrah cinta aduhai adikku, secarik rasa, berkurun lama menahan amarah perasaan yang tumpahnya atas hati yang tiada berjiwa.. aduhai...tabahlah hati saat hadapi gerhana cinta..

terkadang hati berbalah dengan perasaan. saya tiada kata putus mahupun jawapan pasti. hanya berserah pada ketentuan. cinta yang ada seakan hampir layu, mengharap ihsan cinta kerna telah berjanji sehidup semati. 

cinta membuatkan saya berada di sini. cinta meletakkan pengharapan saya kepada seseorang yang amat saya cintai dulu dan kini. cinta membuatkan saya berdoa agar segalanya berkekalan untuk selamanya. namun cinta tidak bergerak satu hala. cinta harus dibalas cinta. cinta harus dicintai! agar cinta dapat dihargai.cinta sampai ke hujung nyawa..

kasihku...
ternyata ku perlukan cinta
dari dirimu sayang
barulah terasa
ku bernyawa.....

Yang mencintaimu...

1 comment: