Tuesday 9 August 2011

9th Ramadhan and murtabak mini!


 

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kita masih berpuasa hari ni.. masih ada masa, masih dikurnia waktu olehNya. sudah masuk 9 Ramadhan, saya sedih kerana terlalu cepat Ramadhan berlalu. sedangkan masih banyak yang harus saya perbaiki... saya tidak meletakkan sebarang target mahupun merangka azam untuk Ramadhan kali ini. namun, saya sentiasa menganggapnya sebagai Ramadhan terakhir, yang terbaik dari sebelumnya...yang saya harus berbuat banyak kebaikan...memupuk sabar. sabar itu yang payah!! kalau dengan suami Alhamdulillah, bolehlaa saya  sabar2kan hati kalau teruji dengan kemanjaannya. tapi dengan anak2 harus lebih tinggi sabarnya. lagi2 kalau dengan my youngest yg tgh lasak..bak kata wardina safiyyah, memang mencabar kesabaran nak mendidiknya. semalam tgk youtube kat wardina's fbpage, alhamdulillah bertambah ilmu, bercambah sabar untuk hadapi keletah my youngest. awal Ramadhan, progress my eldest dalam Iqra' masih perlahan, solat pun sama. but, i am proud and grateful that yesterday my eldest dah masuk Iqra' 4. my eldest pun sgt2 happy, sgt2 seronok sbb dah belajar perkara baru iaitu tanwin. there's a hint of sheer excitement there for Iqra' session so hopefully, we would be able to do better at Iqra' in the near future. kalau dulu saya mudah marah2 bila ajar anak mengaji dan tak tekun setiap hari, but now I am more sabar kerana Ramadhan bukankah bulan terbaik untuk berubah ke arah kebaikan? sekarang tiap2 hari kita mengaji...tiap2 waktu my eldest akan bersolat with me with him reciting the iqamat. diajarkan berniat solat, membaca al-Fatihah dsbnya. saya sedang mencari bahan utk memulakan tazkirah circle with my children. to sit, to explain things to them, the do(s) and don't(s) in Islam. doakanlah hasrat ini dipermudah, ameen.

Ramadhan ini juga, pengurusan masa saya bertambah baik alhamdulillah. walaupun, rasa masih belum sempurna but moga2 saya sedang memperbaikinya dan tidak merugikan serta membuang masa yang amat berharga, apatah lagi dengan kesibukan menyiapkan thesis PhD. sentiasa saya ingatkan diri masa itu emas... dan surah al-Asr..demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Ramadhanlah bulan menilai diri. kalau rasa malas bersolat, itu adalah diri kita bukan lagi pengaruh syaitan. kalau rasa berfikir perkara2 yang kurang baik, itulah diri kita yang perlu diperbaiki. kalau terasa kurang sabar dan mudah tercabar...itulah peribadi yang terbentuk mengikut umur kita di dunia. saya berasa amat takut...bila melihat sikap dan peribadi sendiri..semoga Allah membimbing saya dan anda ke arah kebaikan. semoga kebaikan Ramadhan berkekalan hingga Ramadhan akan datang sekiranya masih ada izinNya...

untuk juadah semalam, saya buat murtabak mini...teruja sebab adik2 saya semuanya menyebut2 murtabak. kat sini tak dapat nak beli, tapi hikmahnya dapatlah anak2 merasa murtabak air tangan mommy :)
murtabak kulit popia dengan kuah dalca


No comments:

Post a Comment